Tuesday, September 30, 2014

Detox Diri : Puasa Hari Arafah 2014

Detox Diri Kita dari Dosa dengan mengambil peluang untuk berPuasa pada Hari Arafah. Kerana sebahagian penyakit juga adalah disebabkan dari dosa2 kita.


Di sini dipetik beberapa buah hadis untuk renungan kita bersama.

Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah? Maka jawab Rasulullah S.A.W yang artinya: Dikaffarah (ampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang. (Hadis isnad sohih dikeluarkan oleh imam Muslim, Tarmizi, Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi)

Daripada Sayyidatina ‘Aisyah telah berkata : Tiada dari hari dalam setahun aku berpuasa lebih aku gemari daripada hari Arafah. (Hadis isnad sohih dikeluarkan oleh Ibnu Abu Syaibah dan Baihaqi)



NIAT: “Sahaja aku puasa sunat hari A’rafah esok hari kerana Allah Ta’ala.”


saya berpuasa atas hari arafah,  bukan berpuasa sebab hari sabtu... ( walaupun hari arafah tu  jatuh pada hari sabtu.)

kiranya berat utk kita berpuasa 2 hari. jadi 1 hari tu pun tiada masalah.

ok kan ? senang jek.... jangan disusah2kan, jangan diberat2kan...




untuk rujukan youtube boleh rujuk sini

No comments:

Post a Comment